Sempena bulan Ramadhan yang bakal menjelang tiba pada 22hb ogos 2009 ini, keluarga akak mengadakan majlis kecil-kecilan selepas zohor, bacaan yassin dan bacaan tahlil di rumah mak dan abah. Keluarga akak pun dah ramai dah sekarang ni. Diam tak diam dah hampir 30 orang. Ok ler tu...Ada juga yang tak dapat hadir, tapi tak boleh tunggu ler. Maklum ler anak-anak abah nie banyak komitmennya. Ada yang ala-ala ADUN, yang gaya businessman pun ada, yang workaholic pun ada...hehehehe...Kami menggunakan konsep potluck. Satu keluarga satu lauk. Senang macam nie......kalau nak masak sesama kat umah mak, tak boleh nak menyambil. Maklum ler, kaum ibu ni sumer bekerja. Jadi masa cuti ler, nak basuh baju, gosok baju, macam-macam lagi ler.....jadi kalau setakat masak satu lauk kat rumah, kan boleh sambil kemas rumah, basuh baju, gosok baju (hangus ler baju tu kak oiii...). So, pembahagian tugas memasak mengikut kepakaran masing-masing. Ada yang buat rendang daging, sambal sotong kembang, sambal goreng, lodeh, kari ayam (ini request dari my SIL utk suaminya....pelik betul, lahir kat Johor, tak dapat kari, makan macam tak makan jer...), Akak lak tugas menyediakan lontong (beli jer...1 RM2, kalau mail (upin & ipin) jual best ni 2 RM1), popia goreng and kuih. Sorry ler, popia akak tak sedap. Abang Mail akak makan, berkerut-kerut muka dia. Menyesal akak campur ngan fish nugget. Konon nak sedap, tapi cam ada bau pulak dan pelik sikit rasanya. Heheheh..salahkan fish nugget jugak tu....ok lah plus akak pun tak pandai masak kan......
Tapi yang bingka suji tu, akak suka rasanya, tapi yang orang lain tak tahu ler kalau menelan cara paksa.... hehehe.....tapi habis gak bingka sujiku itewww...Akak dapat resepi nie dari fp Madiha. Katanya resepi dari chef norzailina. Tkasih kedua-duanya. Akak ikut resepi olahan Madiha, cuma tepung tu akak tambah lagi 50gm. Ini resepinya :-
BINGKA SUJI
Bahan2
5 biji telur (MaDiHa guna gred A)
180-200 g gula kastor (MaDiHa bubuh 180 g aje just nice utk selera kami)
250 g tepung suji
300 ml santan (dari 1 biji kelapa) (MaDiHa guna 200 ml santan kotak dilute dgn air menjadi 300 ml)
100 ml susu cair
6 helai daun pandan, hiris halus & dikisar dengan 100 ml air untuk jus pandan (air tu.. bukan air yg 600 ml tu tau!)
600 ml air
½ camt garam
140 g marjerin
50 g tepung gandum
1 camt vanila
Cara membuatnya:
1. Alas loyang 25 cm dengan foil. Lengser sedikit marjerin.(MaDiha guna loyang saiz 23 cm tanpa alas cuma lengser dengan marjerin sekeliling loyang)
2. Pukul gula dan telur hingga sebati. (MaDiHa pukul dengan garfu aje.. )
3. Tuang adunan telur ke dalam kuali, masukkan suji, susu cair, santan, jus pandan, garam dan air.
4. Kacau rata di atas api sederhana hingga pekat.
5. Ketepikan dari api, campurkan marjerin, tepung dan vanila. (MaDiHa ayakkan tepung sikit demi sikit terus ke dalam kuali sambil dikacau)
6. Kacau sebati kemudian tuangkan ke dalam loyang.
7. Bakar selama 1 jam dengan suhu 200C atau hingga keemasan. Gril sebentar biar permukaannya nampak garing (jika membakar api atas dan bawah, masa memasak singkat dan atasnya akan keperangan). (MaDiHa bakar selama 45 minit api atas bawah dengan suhu 200C kemudian turunkan suhu oven kepada 170C selama 10 minit ~ jangan lupa pusing2kan kedudukan loyang dlm oven setiap 20 minit supaya kuih masak serata dan tak garing sebelah
Cubalah....

Belasungkawa Yasmin Ahmad

Telah perginya seorang penggiat seni filem Malaysia pada 25hb Julai 2009. Akak bukan ler peminat tegar filem-filem arwah. Setiap kali mata menonton filem arwah, tak pernah habis. Bukan boring, tapi masa-masa tu ler kepala disorongkan bantal. zzzzzzzz......
Kenapa baru nak sentuh pasal pemergian beliau? Sebenarnya, akak baru menonton Majalah 3 berkenaan pembabitan arwah dalam seni perfileman. Akak sangat-sangat tertarik dengan keperibadian arwah. Rata-rata yang ditemuramah wartawan, mengatakan arwah seorang yang baik, tak pernah menyakiti orang lain, buat kerja dia jer, tak kacau orang lain, hormat pada orang dan macam-macam lagi. Dan yang paling menyentuh hati akak, kata-kata dari ibu arwah. Arwah umpama anak 'one in a million'. Tak pernah marah, tak pernah meninggikan suara, selalu telefon orang tua, hanya ingin menggembirakan hati ibubapanya. Sekali tertinggi suara sikit jer (bukan marah pun), the next minute dah melutut kat ibubapanya minta maaf. Akak....?? Huishhhh...bukan akak tak nak cerita perangai akak lak cuma orang-orang tua pernah berkata, jangan dibuka pekong di dada......
YA......... akak kagum sangat dengan arwah. Part yang paling sedih tatkala arwah berbual dengan ibunya, Mak Inom, 'kalau boleh, biarlah ibu yang pergi dulu'. 'Why...?'. Supaya arwah boleh menguruskan jenazah ibunya nanti. Sedih kan....begitu sekali cara arwah berfikir.....semoga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya dan mengampuni dosa-dosanya. Amin...al-fathihah.




No comments:
Post a Comment