Petang Jumaat akak terasa mata akak cam lain jer.....cam berair dan bertahi...... Jam 5.15 petang, lepas kengkawan sumer da balik, confirmed akak tengok kat cermin, mata akak dah merah. Akak kena sakit mata, alhamdulillah....... sebab bakal dapat MC hea....hehehe...akak dapat MC dua hari, jumaat dan sabtu. Kena tembak ngan Iffah 'itulah ibu, kata orang, diri sendiri yang sakit'. Yang kesiannya, selepas akak, mak akak kena, pas tu abah akak, dan terkini Pok Cu pulak.
Hari Sabtu sibuk layan mata yang asik meleleh jer airnya. Mata pun dah bengkak giler. Hari Ahad akak dah tak titis ubat mata tu 3 kali sehari dah. Akak titis, bila akak rasa perlu cam gatal ker, pedih ker...ikut suker hati akak. kebetulan hati akak banyak suker ari ahad tu.... agaknya bila banyak sangat titik mata tu, ada side effect tak ek...? Walau banyak akak titik mata still merah. Awatler doc bagi MC sikit2 ek...? Akak dapat lagi 2 hari MC. Memula cam buruk sangka gak kat klinik ni bila bagi sikit2, sajer ler tu nak wit kita. Tapi rupa-rupanya, memang prosedurnya begitu sekarang nie. Tak boleh bagi sekaligus. Ingat lagi, masa dulu-dulu kalau sakit mata, memang antara sakit yang akan dibagi MC yang lama. Paling kurang 3 hari. Sampai pernah sorang kawan akak sanggup titiskan air tembakau ke dalam mata dia supaya matanya nampak merah jer bila jumpa doktor. Kisahnya, dia dah apply cuti untuk balik kg tapi tak dapat so terpaksa buat taktik kotor. Ishhh...takut ler akak. Dibuatnya mata tu rosak camana. Air tembakau tu kan tajam n mata tu lembut. Tak sanggup akak......
Kisah tipu semata-mata nak dapat MC nie pun mengingatkan akak cerita sorang kawan lelaki pulak. Dia jugak yang cerita kat kengkawan apa sebenarnya yang berlaku. Sebenarnya, tempat kerja kita orang memang susah nak dapat cuti. Dan dia nak cuti tak dapat, so dia pun g klinik beritahu dia demam. Entah ler, doktor tu yang tak tahu kawan tu tipu ker atau saja doktor tu nak kenakan dia lak, kawan tu kena suntik kat punggung dia. Dah budak tu keluar dikatanya doktor tu b***h. 'Aku tak demam pun dia suntik gak'. Tapi dia memang dapat MC ari tu...
Macam-macam gaya kan orang nak dapat MC......Akak tak nak komen ler kesan depa buat lagu tu, cuma akak leh kata, bagi akak, akak dah cukup dewasa dan matang sekarang, insyaAllah kita leh fikir mana baik dan mana buruk...
Tuesday, July 28, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)




No comments:
Post a Comment