Wednesday, August 12, 2009

Photobucket

Akak dalam mood sedih dan terperanjat dengan berita yang baru sampai kat akak. Berita pemergian seorang pejuang agama Islam, Ustaz Asri Ibrahim dari Kumpulan Nasyid Rabbani yang telah menemui Penciptanya, Allah s.w.t.Entah kenapa ya...akak tak pernah pun berjumpa dengannya, tetapi perasaan sedih hiba itu begitu menekan jiwa akak ini. Rasa macam tak percaya pun ada. Tapi, bila lihat blog di luar sana malah ada yang mempamerkan gambar jenazah, rasa sedih itu semakin menebal.......
Akak memang mengkagumi beliau semenjak dari Kumpulan Nada Murni lagi. Banyak kaset-kaset beliau yang akak beli ketika itu. Sayangnya, kini entah kemana......Masa dalam NadaMurni, suara beliau amat ketara mendayu-dayunya kerana kurang iringan muzik. Lagu pertama yang akak suka ketika itu ialah lagu Di Pondok Kecil. Sementara lagu Munajat adalah antara lagu yang paling akak minat begitu juga lagu Sunnah Berjuang. Ketika zaman itu, memang terasa sangat betapa sukarnya untuk kumpulan Nada Murni ini bergerak kerana tidak ada satu lagu pun dari kumpulan itu yang berkumandang di radio. Tapi akak percaya, semangat juang yang kental atas rasa kecintaan pada islam yang tidak pernah luntur itu telah membawa kejayaan kepada Ustaz Asri dan kumpulannya.
Kini semua tinggal kenangan. Seperti yang dinyatakan Ustaz Muhamad dalam blognya 'Semoga ALLAH menggolongkan beliau dalam golongan soleh dan mengampuni beliau, Semoga segala sumbangan beliau dalam bidang dakwah nasyid menjadi pahala yang berterusan selagi ia dikumandangkan dan mudah-mudahan. Allah memberikan kesabaran kepada keluarga dan sahabat handai yang ditinggalkan..Al-Fatihah..

Photobucket


1 comment:

kainefadeley said...

How to play casino in NJ? - DrmCD
How to play 강릉 출장샵 casino in NJ? Learn how to play casino in NJ · 1. Place your bets, 목포 출장안마 and win. · 2. Place a 파주 출장안마 Bet · 3. Take a $10 bet. · 4. Receive 부산광역 출장안마 a $20 포항 출장마사지 Welcome