Akak dah tengok habis filem ni.....BEST! Sungguh menyayat hati. Izinkan akak abadikan beberapa babak dalam filem BOW dalam blog akak. Kalau boring....sorry ler ya..... akak tak leh wat apa...dah minat, nak wat camna...?
Cerita bermula apabila Jin Seok (tua) menerima panggilan dari Jabatan Pertahanan bagi mengesan identiti askar2 yang terkorban. Selepas ini lah, Jin Seok mengeluarkan kasut yang dihadiahkan abangnya, Jin Tae Lee. Lantas, kenangan-kenangan lalu pun diimbas kembali.
Jin Tae Lee sebenarnya seorang yang bercita-cita tinggi untuk memiliki kedai kasut suatu hari nanti tapi tidak kesampaian kerana perang meletus. Walaubagaimanapun, dia sempat menyiapkan kasut untuk adiknya.
Ini antara saat-saat manis mereka 2 beradik. Kegembiraan tidak berpanjangan apabila perang meletus dan mereka terpaksa melarikan diri ke tempat lain.
Ketika menunggu keretapi untuk ke rumah pak cik mereka, Jin Seok telah diarahkan secara paksa untuk menaiki keretapi tentera (tanpa disedari oleh beliau). Jin Tae Lee yang tiada bersamanya ketika itu, cemas apabila mendapati Jin Seok tiada lantas naik ke dalam keretapi mencari adiknya. Dia cuba membawa adiknya keluar dengan baik, tapi dihalang pihak tentera, lalu menggunakan kekerasan tetapi tidak berjaya. Just imagine sorang nak lawan lima enam orang kat tempat kecik. Tak lepas punya. Oleh sebab tidak berjaya, maka dia pun meminta pihak atasan supaya membenarkan dia juga diterima masuk dalam tentera agar membolehkan dia mengawasi keadaan adiknya yang mempunyai penyakit sebenarnya. Ini gambar Jin Tae dalam keretapi semasa mencari adiknya. Tak da pula gambar dia sedang bertumbuk.
Yang ini gambar masa Jin Tae & Jin Seok terpaksa berpisah dengan ibu, tunang Jin Tae dan 2 orang lagi adik Young Shin.
Sedih sangat waktu ni sebab mak Jin Tae bukannya bisu, tapi peti suara dia rosak, tak da suara. Walaupun suara tak da, tapi riak wajah ibunya jelas menggambarkan rasa sedih, bimbang keselamatan kedua anaknya.hmmm...so sad...Sib baik ada Young Shin yang jaga ibu mereka selepas ketiadaan mereka. (Hmmm....macam nilah perang. Memisahkan orang-orang yang tersayang. Yang paling sedih, tak tahu jumpa lagi ke tidak).
Jin Tae sangat sayangkan adiknya. Banyak tindakan beliau dalam ketenteraan (yang tidak dipersetujui oleh Jin Seok) dipengaruhi oleh kehendak beliau yang hendak menghantar adiknya pulang ke pangkuan keluarga.
Ini antara gambar yang menunjukkan babak dimana Yong Seok rakan kepada Jin Seok, malah bekas pekerja Jin Tae, puuunn Jin Tae nak bunuh jugak. Jin Tae tak kejam, bela tu....hehehe tapi keadaan semasa memaksa dia bertindak sedemikian. Kenapa...? Sebab Yong Seok menyertai Korea Utara (sebenarnya dia dipaksa). Jin Tae benci tentera Korea Utara kerana menyebabkan mereka sekeluarga berpisah.....kesian tengok budak tu, macam terencat sikit, tapi akhirnya dia mati dibunuh orang Jin Tae. Sedih sangat masa dia merayu-rayu minta dilepaskan. Takutnya kalau jadi kat kita........nauzubillah....
Selepas beberapa misi peperangan, akhirnya Korea Selatan menang dalam peperangan itu. Apabila mereka pulang ke kampung pula, Young Shin, pula ditangkap pihak berkuasa kerana didakwa menjadi ahli komunis (sebenarnya Young Shin ada menerima sejumlah bijirin dari satu parti, tapi tidak mengetahui ianya adalah Parti komunis). Young Shin dijatuhkan hukuman tembak sampai mati ler....cemas sikit masa ni. Bawah ni gambar longgokan mayat yang telah ditembak. Semua tu yang terima bijirin dari parti komunis ler, tapi diaorang tak tahu sebenarnya....
Jin Tae cuba selamatkan Shin dengan medal yang diterima masa perang, tapi sayangnya.....tak laku beb..! Akhirnya Jin Seok dan Jin Tae melawan pihak tentera Korea Selatan pula demi menyelamatkan Shin. Dalam kekecohan, akhirnya Shin mati ditembak juga...sedih...sedih. Kalau tak perang, sebenarnya diaorang dah nak kahwin sangat waktu tu..Bila Shin mati, Tae dan Seok ditangkap masuk dalam penjara kerana melawan tadi... kan dah kena...
Jin Tae dipanggil keluar untuk disoalsiasat oleh ketua post. Dia pula terus mendesak supaya adiknya dihantar pulang, ketika inilah pejabat ketua post diserang tentera Korea Utara. Jin Tae mengambil kesempatan membelasah dan mengugut ketua post supaya membebaskan adiknya yang sedang dikurung. Tetapi tidak dilayan sebaliknya ketua post mengarahkan supaya penjara itu diletupkan....jahat ek..? Sekali betuuuul, penjara yang mengurung adiknya dibedil. Booomm!! Terbakar sel. Apa yang ada kat dalam hangus terbakar. Jin Tae hanya jumpa sebatang pen yang pernah dia hadiahkan kepada Jin Seok. Itu sahaja!
Inilah titik tolak bagi perubahan sikap Jin Tae. Jin Tae berpaling tadah menyokong dan menyertai angkatan tentera Korea Utara pula. Jin Tae menjadi semakin ganas, semakin buas. Dah berjambang, rambut pun dah panjang...maklum ler komunis...hehehehe, kena ler brutal giler.....Kini matlamatnya hanya untuk membalas dendam. Selama ini, dia bermati-matian di medan perang semata-mata untuk menyelamatkan keluarganya, tetapi kini Young Shin/tunangnya dan Jin Seok dibunuh/terbunuh disebabkan tentera Korea Selatan sendiri. Jadi matlamatnya kini, tentera Korea Selatan harus dibunuh.
Sementara itu Jin Seok yang masih hidup mendapatkan rawatan di hospital tentera. Berita Jin Tae berpaling tadah amat mengecewakannya. Disangka abangnya hanya mengejar medal/nama. Bagaimanapun, dia join balik tentera semata-mata untuk menemui abangnya. Yalah, mana tahu dia boleh memujuk abangnya. Who knows..right?
Di medan perang, Jin Seok berjaya masuk ke kawasan Korea Utara (KU) dan dah tentulah kena tahan. Dia suruh tentera KU habaq kat Jin Tae, adiknya Jin Seok hendak berjumpa. Malangnya Jin Tae yang dihubungi tidak mengaku adiknya masih hidup. Disuruhnya tentera KU membunuh lelaki yang mengaku sebagai Jin Seok ini.
Biasa ler, perang, tentu ada kecciioh sikitkan, Jin Seok berjaya melepaskan diri tapi akhirnya bertemu dengan Jin Tae. Jin Tae yang penuh dengan dendam kesumat di dada menembak/membelasah/bertumbuk dengan semua tentera KS sehingga Jin Seok pun dia dah tak kenal lagi. Jin Seok yang dibelasah, berulangkali perkenalkan diri, tapi dia hanya kata 'Die, die'. Sehinggalah apabila Jin Seok menyebut nama Young Shin dan janji-janji Jin Tae, barulah dia sedar lelaki yang sedang ditumbuknya itu, adiknya sendiri...sedih sangat masa ni....
Jin Tae menyuruh adiknya balik dulu dan dia berjanji akan pulang dan menyerah diri. Bila Jin Seok berjalan menyelamatkan diri, Jin Tae pula mengangkat senjata menembak semua tentera KU pulak dah......akhirnya Jin Tae pula yang mati ditembak. Bertalu-talu tu. Sakitnya...kesian Jin Tae...sebelum dia rebah, sempat lagi dia memandang sayu kepada Jin Seok yang sedang melarikan diri.......kesian hero I tau.....
Jin Seok yang selamat terus menunggu abangnya, Jin Tae, pulang....meski dimamah usia, Jin Seok masih berharap akan berjumpa. Malangnya, panggilan dari Jabatan Pertahanan menemukannya dengan rangka abangnya. Sedih sangat masa Jin Seok(tua) melutut seolah-olah marahkan abangnya berkata "You promise to come back and finish the shoes. But what are you doing here (terus akak terbayang rangka abang dia yang merengkok dalam tanah)? Please say something! Say something! I've waited for so long. What happenned to your promise?I've been waiting to see for 50 years.I've shouldn't have left you alone back then!Jin Tae!JinTae! (hush...mengalir air mata akak detik ini...)
Memang best giler cerita ni. Bagi akak cerita ni bukan fokus pada perang tapi lebih kepada kemanusiaan.....
Ini jer ler cara akak abadikan ingatan akak pada cerita 'Brotherhood of War/Tae Guk Gi'. Kalau boleh, akak tak nak lupa cerita ni sampai bila-bila....erk..boleh ker? Akakkan pelupa...hehehehe sebab tu kena masukkan dalam blog akak nie.... nampak tak sekaarang....? Tapi kalau lupa pun tak pa sebenarnya, bukan leh bawa m**i pun kan....
psstt...Syafiq ngan Angah patut tengok cerita ni beb.....



















No comments:
Post a Comment