Petang Jumaat akak terasa mata akak cam lain jer.....cam berair dan bertahi...... Jam 5.15 petang, lepas kengkawan sumer da balik, confirmed akak tengok kat cermin, mata akak dah merah. Akak kena sakit mata, alhamdulillah....... sebab bakal dapat MC hea....hehehe...akak dapat MC dua hari, jumaat dan sabtu. Kena tembak ngan Iffah 'itulah ibu, kata orang, diri sendiri yang sakit'. Yang kesiannya, selepas akak, mak akak kena, pas tu abah akak, dan terkini Pok Cu pulak.
Hari Sabtu sibuk layan mata yang asik meleleh jer airnya. Mata pun dah bengkak giler. Hari Ahad akak dah tak titis ubat mata tu 3 kali sehari dah. Akak titis, bila akak rasa perlu cam gatal ker, pedih ker...ikut suker hati akak. kebetulan hati akak banyak suker ari ahad tu.... agaknya bila banyak sangat titik mata tu, ada side effect tak ek...? Walau banyak akak titik mata still merah. Awatler doc bagi MC sikit2 ek...? Akak dapat lagi 2 hari MC. Memula cam buruk sangka gak kat klinik ni bila bagi sikit2, sajer ler tu nak wit kita. Tapi rupa-rupanya, memang prosedurnya begitu sekarang nie. Tak boleh bagi sekaligus. Ingat lagi, masa dulu-dulu kalau sakit mata, memang antara sakit yang akan dibagi MC yang lama. Paling kurang 3 hari. Sampai pernah sorang kawan akak sanggup titiskan air tembakau ke dalam mata dia supaya matanya nampak merah jer bila jumpa doktor. Kisahnya, dia dah apply cuti untuk balik kg tapi tak dapat so terpaksa buat taktik kotor. Ishhh...takut ler akak. Dibuatnya mata tu rosak camana. Air tembakau tu kan tajam n mata tu lembut. Tak sanggup akak......
Kisah tipu semata-mata nak dapat MC nie pun mengingatkan akak cerita sorang kawan lelaki pulak. Dia jugak yang cerita kat kengkawan apa sebenarnya yang berlaku. Sebenarnya, tempat kerja kita orang memang susah nak dapat cuti. Dan dia nak cuti tak dapat, so dia pun g klinik beritahu dia demam. Entah ler, doktor tu yang tak tahu kawan tu tipu ker atau saja doktor tu nak kenakan dia lak, kawan tu kena suntik kat punggung dia. Dah budak tu keluar dikatanya doktor tu b***h. 'Aku tak demam pun dia suntik gak'. Tapi dia memang dapat MC ari tu...
Macam-macam gaya kan orang nak dapat MC......Akak tak nak komen ler kesan depa buat lagu tu, cuma akak leh kata, bagi akak, akak dah cukup dewasa dan matang sekarang, insyaAllah kita leh fikir mana baik dan mana buruk...
Tuesday, July 28, 2009
Thursday, July 23, 2009
Brotherhood of War
Akak tengah layan filem Brotherhood of War sekarang nie. Filem ni pun pernah disiarkan kat TV3. Masa tu, malas nak layan, almaklum ler cerita perang, tak minat! Dok apa ntah...boom sana boom sini....trooott tooot....boring nyer! Sekali entah camana dok godeh2 kat youtube search Jang Dong Guan, kuar pulak cerita nie, tu yang tertengok. Ghupa2nya filem ni best, memang sedap. Kat mana bestnya? Kat kasih sayang seorang abang yang sanggup berkorban untuk adiknya. Dalam All about Eve, watak dia cam slow jer kan, tak aggresif. Tapi dalam cerita BOW nie, mmg nampak ketegasan dan ketangkasan dia. Tembak sana sini, tumbuk musuh.... Perghhh...cayalah Dong Guan, you're my hero ler.........hero dalam wayang jer.
Waktu Jin Seok (Tua) kuarkan kasut dari almari jer, akak dah nangis.....akak dah terasa di hati betapa sayangnya Jin Tae (Dong Guan) pada Jin Seok (Won Bin).....akak belum habis tengok lagi nie...ingat-ingat lupa kejap.....nanti nak tengok lagi.....
Balik kerja semalam, mak beritahu Iffah tak pergi sekolah sbb sakit mata. Sebenarnya, ibu akak yang menjaga anak-anak akak dan 3 lagi anak saudara akak. Jadi yang sakit mata dulu sepupu dia, then jangkit kat adik-beradik yang lain. Jadi sekarang turn Iffah ler... Dia kena pun sebab tak nak dengar kata kakak dia. Ada ker dipegang mata sepupu dia, pas tu disuruh basuh tangan, tak nak....anak...anak...anak sapa tu..?
Inilah dialog kanak-kanak :
Zafirah (sepupu) : 'Iffah, nanti kan iffah rasa mata iffah nak terkeluar'.
Iffah : 'Ya ker, zafirah tipu hea, takkan lah mata kita boleh terkeluar'.
Zafirah : 'Bukan mata terkeluar, rasa jer cam nak terkeluar, tapi tak terkeluar'.
Iffah : 'Ha, cuba Iffah pusing hea'. Dia pun siap ler tonggeng sana sini. Nak cari posisi
yang macamana mata dia boleh rasa nak terkeluar. 'Tak da pun Zafirah, tak rasa sakit pun'.
Alhamdulillah, kalau Iffah tak rasa sakit cam tu, tapi mata dia memang bertahi cuma tak banyak. Ibu tak sampai hati dengar/lihat Iffah tanggung rasa sakit. Rasanya, ibu pun terasa sakitnya sayang.....sikit jer tu, insyaAllah, esok lusa baik ler tu....
Akak nak kongsi sikit cerita pasal sakit mata. Masa bulan Mei lepas, suami dan anak-anak akak memang dah kena tapi doktor kata cuma jangkitan virus. Tu yang berair jer dan tidak bertahi yang banyak-banyak tu. Yang paling teruk kena, suami akak ler. Awal kena dah pergi klinik, dapat ubat titik ngan antibiotik ngan bengkak. Dapat MC 2 hari. Hari ketiga, tak baik lagi, pergi lagi, tukar ubat pulak, dapat MC another two days. Masuk hari kelima, masih belum baik, mata makin kabur, doktor kata takut kornea mata rosak, terus dia refer suami akak ke GHSA jumpa pakar. Terkejutnya akak bimbang apa jadi kalau betul kornea mata suamiku rosak. Alhamdulillah, sampai sana doktor kata kornea mata tu tak rosak, cuma banyak kotoran kat permukaan mata tu. So apa yang hospital buat, mata suami akak kena dibersihkan. Diaorang guna cam cotton bud jer, tapi mata tu memang kena selak sana sini ler. Alhamdulillah, suami kata ada perubahan. Tapi kena datang lagi minggu depan. So, minggu depannya, dia buat lagi tapi ngan orang lain pulak. Kali ni, suami akak kata sakit masa dia buat. Dan mata dia pun cam masih kabur. Tak pa ler...mungkin ambil masa, takkan terus baik kan. Masalahnya, yang berair dan bengkak tu dah baik, tapi sehingga kini penglihatan suamiku masih kabur, alhamdulillah sebelah jer, dibuatnya dua-dua belah....? Argghh...akak bukannya pandai bawak kereta. Jadi selasa lepas suami akak pergi lagi dan doktor kata macam ada calar-calar kat mata suami akak. Pelik ler...calar-calar pasal apa ek....? Adakah masa mata suamiku itu dibersihkan kali kedua...? Hmmm...tak baik tuduh, tapi ntahlah, sebab condisi mata suamiku sebelum ni, alhamdulillah, memang tip top. Jadi sekarang nie, suamiku dicadangkan memakai cermin mata.....pernah kah anda atau kerabat atau sahabat anda mengalami masalah seperti ini? Suami akak sampai la ni cam tak leh terima yang dia kena pakai cermin mata.....
hmmm...nak kena ingat tu, Allah dah tarik satu nikmat dari hambaNya.....

Wednesday, July 22, 2009
hissshhh...bersawang,........ bersawang..lama betul akak tinggalkan blog ini. Tahun 2007 dah buat tapi tak aktif.....kenapa? Malas...? Memang malas....Habis sekarang da rajin...? Tak jugak...ini sumer gara-gara siti ler...akak pun dah ikut teruja. Sib baik ingat lagi password...hehehe...
Lagipun, akak bukannya terror no nak wat cam blogger lain tu. Canggih2. Cerita pun sensasi. Akak ni pendiam orangnya...eceheceh...dan perahsia...so cam x da ceritakan. Tapi rasanya sekarang cam nak bercerita mengikut akal dan hati. Rasanya dari pemerhatian sekeliling dan perkembangan anak-anak pun best. silap2 leh wat novel nie...hehehe..
Ari nie, tetiba cam teringat jer kat pelakon korea Jang Dong Guan...erk betul ker ejaan nie...? Tu yang dok layan cerita All About Eve. Drama bersiri ni pernah main kat TV3. Best giler cerita nie..pada akak ler... So touching. Orang cam Sun Mi tu, akak percaya ada. Tapi yang cam Hyung Chul tu...ada ker...?Huh..bestnya kalau ada.....hmmmm so loving and understanding. Tapi yang paling best, pendirian dia yang teguh. Tak mudah goyah dengan tangisan yang cuba menarik simpati. Best!Best. Besok nak tengok cerita Brotherhood of War. Crita ni sedih gak...tak da cintan cintun. Tapi best!Hmm...Jang Dong Guan...sukanya akak kat dia...untuk peringkat umur akak ni, rupa dah bukan taruhan minat lagi. Tapi karektor dia bila berlakon tu...ntahlah kalau kat Malaysia ada tak yang cam dia ek....

Subscribe to:
Comments (Atom)