Salam sejahtera.....mmmmm....lamanya tak hapdet!Apa nak jadi ler......
Keadaan akak hari ini, dah kembali tenang. Apa yang pernah menjadi masalah kepada akak sekeluarga, rasanya dah ok kot, insyaAllah. Semua cerita zaman bulan Ramadhan dan musim Raya dah berlalu rasanya. Idak ler teman nak story kat sini lagi....cukupler dalam ingatan teman jer.....
Cuma ari ni, akak nak cerita sikit, ari ni dapat email dari abang akak dengan tajuk sensasinya 'Ingin Mendapatkan Potongan Badan Yang Menarik?. Yang sedihnya tu, memang sah-sah ditujukan kat akak sorang, bermaksud? penghantaran dengan niat ler tu.....hmmmm...potongan akak tak cukup menarik ker...?
Nampaknya kena cari JDM5 ler cam ni....tengok2 testimoni dia sumer cam hebat-hebat jer....paling mengujakan Cik Mai dan Cik Lydiawani......dari 105kg turun ker 49kg. Wooowww.....bila ler akak nak turun berat badan nie.....
Sebenarnya, apa-apa pun kalau nak kurus kena ada disiplin. Hang makan ler segala ubat, kalau makan tak jaga, tak der jalannya.......Akak nie kekadang (kekadang ler...) kat opis nie leh gak disiplinnya...sampai umah..... habis.....dah kat sebelah ada 'restoran wajib singgah selalu'. Tu yang hancur tu......dah pesan kat omak, jangan masak sodap-sodap, habis den sosah nanti....huhuhu...Tu yang habis beratus pun, kurus tak jugak......
Chemox...! Bila nak mula lai kita nya projek. Jom ler, minggu depan start. Akak dah tak boleh buat sit-up dah ni.... peyut dah penuh/senak dah...
Dari keluarga Sara
Friday, October 30, 2009
Tuesday, September 15, 2009
AIDILFITRI SEMAKIN HAMPIR.......!!
Hehehe...kenapa ada tanda seruan kat tajuk ataih tu.....? Tak kan marah pulakkan...mengarut! Nak marah kat sapa pullok......?
Sebenarnya, tanda seruan itu menunjukkan akak berada di tahap kecemasan...kenapa...? Raya dah nak dekat, akak nya langsir pun tak siap lagi...rumahku masih berkapar lagi. Baju kurung Sara tak siap lagi ni....Cadang nak wat tat nenas, kek lapis, kek keju....sempat lagi ker nie......chhhhit!mengada-ngada....ingat apa tadi...setakat persiapan yang tak siap lagi, apa ada hal!!
Hmmm...tahun ni, persiapan menyambut raya memang paling slow sekali. Semuanya kerana rumah.......Cik Abang kata, orang kalau raya beli persiapan raya, kita sibuk beli rumah pulak....huhuhuhu...nak wat camana...sudah ketentuan Allah begitu..Sudahnya ke hulu ke hilir panjat tangga bank ngan lawyer....Jiwa kacau kerana memikirkan pasal loan pulak sekarang...lepas ke tak lepas....tu yang mood raya tak datang lagi......yang kesiannya kat budak-budak ler. Tak dapat jalan-jalan sangat wat lawatan tapak kat shopping complex. InsyaAllah, kita keluar gak nanti....tapi nanti ler......sabar ya anak-anak.....
Lagipun, anak-anak ibu kan baik-baik. Ibu suka lihat sikap yang anak-anak ibu tunjukkan dalam bulan Ramadhan tahun ini. Alhamdulillah...insyaAllah, tahun ini, dapat ler lebih sikit duit raya ...tapi Iffah kata 'Tak pa lah ibu, ibu tak yah bagi duit pun tak pa....'
Siap kata lagi 'ibu, kalau ibu nak beli rumah, ambillah duit iffah kat tabung tu, tak pa bu, Iffah tak kisah.......'.....hehehe...ya lah nak...sejuk perut ibu mengandung....
Percaya atau tidak, akak berterima kasih pada kartun Upin dan Ipin. Anak-anak akak suka tengok, akak pun suka...! Atok lagi suka...! Asal ada kat rumah jer, dia orang mesti bukak CD Upin dan Ipin. Siap dah hafal dialog tuuuu...Jadi akak tak berapa susah sangat nak menerangkan kat diaorang apa tu puasa? Kenapa kena puasa? Kenapa ada yang puasa sekerat-kerat? Apa kes yang puasa dapat duit.......hmmm...biasanya akak akan guna dialog opah untuk consult budak-budak nie.....Si Iffah belajar niat puasa dan buka puasa pun dari kartun Upin dan Ipin.....Cuma, biasalah nak melawan nafsu ni bukan kerja senang. Alang orang tua pun ada yang suka-suki tak nak puasa apalagi akal budak umur 6 tahun...tambahan pula, Iffah tu selalu kena sakit perut kalau makan lambat sikit...Dapat puasa 20 hari pun, ibu bersyukur......tahun depan, insyaAllah perbaiki lagi puasa dan akhlak...ok..?
Kalau diikutkan kelakar tengok Iffah makan sahur. Matanya sayang sangat nak dibuka dan mulut pulak menganga menanti suapan dari ibu, pas tu terkulat-kulat nak mengunyah nasi......Nak ambil gambar, dia tak bagi, malu katanya. Tak baik pulak kalau sampai dia malu nanti kan.....tak kisahlah Iffah...janji Iffah puasa....
Sara dah matang sikit. Dah 9 tahun kan anak ibu. Malu ler kalau masih liat nak puasa.....Cuma sekarang nie, kalau menjawab dah pandai nak mengenakan ibu ya....babab kang...apa-apapun, ibu sayyang anak-anak ibu......
Tengoklah, satu dua hari lagi...kita keluar ronda-ronda okay........
Monday, September 7, 2009
TARIKH KERAMAT
Alhamdulillah.....Alhamdulillah...Alhamdulillahirabbil 'Alamiin.....Syukur Ya Allah, Engkau mendengar doa-doa kami ya Allah. Syukur Ya Allah, Engkau memperkenankan doa kami ya Allah.....
Tarikh 8hb September 2009 memang tarikh keramat bagi kami sekeluarga sebagaimana yang Chemox katakan. Nampaknya kejayaan hari ini merupakan satu lagi anjakan untuk fasa hidup kami. Pun begitu, akak belum lagi lupa daratan. Ia baru bermula. Baru pusingan pertama. Pada dasarnya akak berjaya, tapi rezeki akak masih belum pasti lagi sehingalah 120 hari kelak. Mudah-mudahan segala urusan dapat berjalan lancar sebagaimana yang dirancangkan. Tak sangkut di mana-mana...mudah-mudahan. Ya Allah, Engkau permudahkanlah urusanku ya Allah...Amin...
Wednesday, September 2, 2009
Allah Habibi Oleh Mawi
Allah Habibi
Manaku cari
Ubatnya hati yang dirundung sepi
Mana Habibi
Mana nak cari
Ubatnya hati yang dirundung sepi
Manaku cari
Ubatnya hati yang dirundung sepi
Mana Habibi
Mana nak cari
Ubatnya hati yang dirundung sepi
Chorus :
Cari Habibi
Cari yang pasti
Ubatnya hati yang dirundung sepi
Cari yang pasti
Pasti Habibi
Ubatnya hati yang dirundung sepi
Cari Habibi
Cari yang pasti
Ubatnya hati yang dirundung sepi
Cari yang pasti
Pasti Habibi
Ubatnya hati yang dirundung sepi
Allah kemana hendak dibawa
Hati yang lara ditimpa bencana
Berwarna-warna
Ada ubatnya
Hati yang lara ditimpa bencana
Chorus :
Maha Perkasa
carilah Dia
Adulah rasa yang menimpa kita
Mintalah Dia
Lembutnya redha
Apa yang ada di dalam jiwa
Allah Habibi
Mana ku cari
Ubatnya hati yang dirundung sepi
Mana Habibi
Mana ku cari
Ubatnya hati yang dirundung sepi
Allah Habibi
Mana nak cari
Ubatnya hati yang dirundung sepi
Oooo Habibi.......
Habibi..........
Maha Perkasa
Carilah Dia
Adulah rasa yang menimpa kita
Mintalah Dia
Lembutnya redha
Apa yang ada di dalam jiwa
Maha Perkasa
Carilah dia
Adulah rasa yang menimpa kita
Mintalah Dia
lembutnya redha
Apa yang ada di dalam jiwa
Maha Perkasa
carilah Dia
Adulah rasa yang menimpa kita
Mintalah Dia
Lembutnya redha
Apa yang ada di dalam jiwa
Allah Habibi
Mana ku cari
Ubatnya hati yang dirundung sepi
Mana Habibi
Mana ku cari
Ubatnya hati yang dirundung sepi
Allah Habibi
Mana nak cari
Ubatnya hati yang dirundung sepi
Oooo Habibi.......
Habibi..........
Maha Perkasa
Carilah Dia
Adulah rasa yang menimpa kita
Mintalah Dia
Lembutnya redha
Apa yang ada di dalam jiwa
Maha Perkasa
Carilah dia
Adulah rasa yang menimpa kita
Mintalah Dia
lembutnya redha
Apa yang ada di dalam jiwa
Monday, August 31, 2009
Assalamualaikum........
Entry akak kali ni masih lagi menjurus kepada permasalahan akak. Sedih teramat sedih bukan kerana menerima berita sedih tapi berita 'panas'....berita panas yang ditimbulkan oleh seseorang yang selama ini dikira 'baik'. Nak kata akak tak jangka isu ini boleh timbul tak jugak sebab 'dia' pernah memalitkan 'sejarah'nya......nak kata akak memang boleh jangka, pun ia jugak, berdasarkan apa yang berlaku pada masa lepas, tak mustahil 'dia' boleh mengada-adakan cerita demi mempertahankan .....sapa?...hmmmm...perasaan akak ketika ini? Rasa sedih! Akak memang menjangkakan mungkin ada cerita lain yang akan timbul cuma tak sangka jalan ceritanya ala-ala samarinda. Alhamdulillah, akak ada buat semakan hari tu dan ternyata akak selamat daripada untuk dibabitkan dalam masalah 'dia'.
Fitnah sama sekali apa yang akak dengar itu...fitnah di bulan Ramadhan yang mulia. Hmmmm....mudah-mudahan fitnah ini akan memberi pahala yang berganda-ganda kepada akak dan suami andai kami bersabar....ya Allah, Kau berikanlah kesabaran kepada hamba-hambaMu yang lemah ini ya Allah.....Amin.
Sedikit info tentang fitnah sebagai peringatan untuk diri akak yang akak copy paste dari blog http://imamzul.blogspot.com/2008/03/bahaya-fitnah :
Firman Allah bermaksud: “Wahai orang yang beriman, jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidik (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara tidak diingini, dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) sehingga menyebabkan kamu menyesali perkara yang kamu lakukan.” (Surah al-Hujurat, ayat 6)
Banyak pihak yang turut terbabit menyebar fitnah sebenarnya tidak mempunyai sebarang kepentingan berkaitannya. Tetapi, disebabkan amalan menyebar fitnah sudah menjadi kebiasaan, banyak yang turut menyertainya dan seperti mendapat kepuasan daripada perbuatan itu. Fitnah biasanya disebarkan bertujuan memburukkan individu atau kumpulan. Pada masa sama, perbuatan itu dapat menonjolkan dirinya sebagai lebih baik dan lebih layak berbanding orang yang diburukkan itu.
Dosa membuat fitnah digolongkan sebagai dosa sesama manusia. Justeru, dosa itu tidak akan diampunkan Allah, melainkan orang yang difitnah itu memberi keampunan terhadap perbuatan itu. Mungkin ramai menyangka perbuatan menyebarkan berita fitnah sekadar satu kesalahan kecil. Sebab itu, perbuatan seumpamanya dilakukan seperti tiada apa merugikan.
Hakikatnya, dosa membuat fitnah menjauhkan diri dari syurga. Sabda Rasulullah SAW bermaksud: “Tidak masuk syurga orang yang suka menyebarkan fitnah.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim). Dosa menyebar fitnah umpama api membakar ranting kering kerana ia cepat merebak dan akan menjadi abu sepenuhnya. Dosa menyebar fitnah menyebabkan pahala terdahulu dihilangkan sehinggakan penyebar fitnah akan menjadi muflis di akhirat nanti.
Penyebar khabar angin biasanya menyebut perkataan ‘dengar khabar’ mengenai berita yang disebarkan. Bagaimanapun, apabila berita tersebar daripada seorang ke seorang, maklumat yang belum sahih itu sudah hilang dan kemudian disebarkan seperti berita benar. Dalam Islam, sesuatu berita benar tetap tidak boleh disebarkan jika orang yang berkaitan cerita itu tidak mahu ia disebarkan kepada orang lain. Menyebarkan berita benar tetap dilarang, inikan pula menyebarkan berita tidak benar.
Imam Ghazali dalam buku Ihya Ulumuddin menjelaskan perbuatan membocorkan rahsia orang lain dan menjejaskan kehormatannya dengan cara membuka rahsianya yang tidak mahu diketahui orang lain dianggap sebagai perbuatan mengadu-domba dan fitnah. Mengenai berita benar dan berita tidak benar yang disebarkan tanpa kebenaran atau kerelaan orang berkaitan, Rasulullah SAW bersabda bermaksud: “Adakah kamu semua mengetahui apakah ghibah (mengumpat)? Sahabat menjawab: Allah dan Rasul-Nya lebih mengetahui. Lalu Baginda meneruskan sabdanya: Kamu berkata mengenai saudara kamu perkara yang tidak disenanginya. Lalu ditanya oleh seorang sahabat: Walaupun saya berkata perkara yang benar-benar berlaku pada dirinya?’ Rasulullah bersabda lanjut: “Jika kamu berkata mengenai perkara yang benar-benar berlaku pada dirinya bererti kamu mengumpatnya, jika perkara yang tidak berlaku pada dirinya bererti kamu memfitnahnya.” (Hadis riwayat Abu Hurairah)
Larangan mencari dan membocorkan rahsia orang lain jelas dilarang Allah seperti dijelaskan dalam firman-Nya bermaksud: “Dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang lain.” (Surah al-Hujurat, ayat 12). Justeru, setiap Muslim perlu bijak menilai sesuatu berita bagi mengelak daripada menerima dan kemudian menyebarkan sesuatu berita berunsur fitnah.
Perkara pertama perlu diberi perhatian untuk memastikan kesahihan berita ialah memastikan sumber berita itu, yakni siapakah yang mula menyebarkan berita dan rantaian orang yang membawa berita itu. Umat Islam tentu tidak lupa pada sejarah menyebabkan kematian khalifah ketiga kerajaan Islam di Madinah iaitu Uthman Affan, yang berpunca daripada fitnah disebarkan kumpulan ekstremis agama.
Penyebaran fitnah turut menjadi penyebab kepada peperangan sesama Islam atau perang saudara ketika zaman pemerintahan Saidina Ali dan zaman selepas itu. Fitnah juga meruntuhkan kekuatan Bani Umaiyah malah, sejarah kejatuhan empayar besar kerajaan Melayu Melaka tidak terkecuali kerana fitnah. Ubat bagi penyakit hati ialah dengan memperbanyakkan taubat dan selalu berzikir.
Wednesday, August 26, 2009
Alhamdulillah...hari ni boleh ler senyum lebor sikit. Semalam tu, terkujat dengan berita 'buruk' yang disampaikan. Tu yang jadi bingai banyak....ari ni boleh senyum bukan sebab masalah dah selesai....tapi sebab bangun pagi dengan azam baru. Kira lawan tetap lawan.....hehehe...macam bagus sih. Kalau benar *** **** mahukan apa yang pernah jadi miliknya, akak surrender ler...kesian kat diakan..............tapi kalau setakat sedara mara dia/kengkawan dia, akak akan bertemu mereka di medan perjuangan. Kira...till the hammer price falls.............
Kalau ada rezeki akak, adalah.......dah banyak kalikan akak cakap macam nie....bukan apa...bukan senang sebenarnya tau nak memujuk hati ini supaya redho dan qana'ah...bukan senang....kerana itu, bagi diri akak yang iman tak seberapa ini, akak kena ulang-ulang banyak kali sehingga melekat dalam jiwa akak ini......sampailah tarikh 8hb September...barulah masalah terungkai sama ada ok atau ko....dan selama itu jugalah akak ni kengkadang ok...dan selalunya tak ok.....aaarrrggghhh...
Tuesday, August 25, 2009
TAK TENTU ARAH.....!
Hmmm....dari pagi rasa tak tentu arah....
Bila tengahari lagi menggelabah.......
Mulut kata sabar, nafsu kata marahlah.......
Bila marah..habis lah ibadah...
Sebenarnya akak saja merapu.....merepek meraban....menggambarkan hati akak yang tak tenang sekarang....Mulut kata sabar. Akal dan hati juga memujuk sabar.....bisikan nafsu kata marahlah. Nko patut marah..memang patut nko marah. Nko di pihak yang benar....Nak takut kat siapa......hehhhhh...mengeluh..? Bukan mengeluh, cuma menarik nafas dalam-dalam untuk belajar menenangkan diri yang sedang sedih gundah gulana dan menghilangkan rasa marah dan buruk sangka..........
Rasa tak sabar nak balik dengar cerita abah.......rasa 'down' sangat sekarang....hmmmmm.....ada rezeki adalah. kalau tak da, nak buat camana...? Boleh ker aku bersabar......? Marah mungkin tidak....tapi sedih...Allah jer yang tahu...
Hari ni akak dapat pengalaman baru. Untuk pertama kalinya, akak menjejakkan kaki masuk ke dalam Mahkamah Tinggi. Tanpa melakukan sebarang kesalahan pun, akak dah dapat rasa 'semacam' bila masuk mahkamah. Macamana agaknya perasaan orang-orang yang disyaki atau orang-orang yang memang bersalah rasa ya.....? Seram ler...tu belum masuk penjara lagi.......issshhhh minta dijauhkan ler dari berlaku ke atas kaum keluarga akak....
Subscribe to:
Comments (Atom)





